Kami dari Prospek Tuah Sdn. Bhd. diterajui oleh 2 orang anak muda (muda ke? ), telah mendapat ilham untuk menyuntik idea baru terhadap pemasaran ikan keli. Ikan keli semakin mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat terutamanya melayu namun disebabkan terlalu ramai yang menternak ikan keli, harganya jatuh teruk sehingga rm2.00 sekilo pun ada. Ramai yang gulung tikar dan beralih kepada bisnes lain. Ada juga syarikat yang mengambil kesempatan menipu penternak dengan memberikan janji manis untuk membeli balik ikan, sampai masa ikan ke mana, syarikat entah ke mana.
Setelah mengkaji keadaan pasaran sekarang, kami telah membuat keputusan untuk menternak ikan keli menggunakan air payau. Kerja-kerja R&D akan dibuat dan kami menjangka mengambil masa selama 1 bulan. Ikan akan diternak dalam fiber tank menggunakan air payau. Antara kelebihan menggunakan air payau :
1. Daging ikan lebih sedap dan pejal
2. Ikan lebih sihat ( mengurangkan risiko bakteria)
3. Tidak hanyir dan tidak berbau yang tidak menyenangkan
4. Lalat tidak tertarik
5. Kualiti air lebih baik
6. Ikan cepat besar
Kami akan mengemaskini blog ini dengan aktiviti penyelidikan kami ini. Mudah-mudahan mendapat sambutan dari para peniaga kedai makan dan restoran. Kami juga akan membekalkan ikan keli air payau ini yang sudah siap di masak ke gerai-gerai makan dan akan diberikan jenama. Banyak lagi produk-produk yang boleh kami pasarkan, antaranya :
1. Keli Salai
2. Serunding Keli
3. Keli Panggang
4. Keli Percik
5. Keli masin
6. Nugget
7. Fillet
8. Satar
9. Keropok lekor
10. Laksa
Sekian dulu, wassalam